Daya Glokal Enterprise

Laman

Produk

Program

Link

Syarikat Kami

Hubungi Kami

Soalan Lazim



















































Soalan-soalan lazim

*Soalan-soalan terbaru terdapat di ruangan paling bawah.

Jika benar syarikat ini telah berpengalaman selama hampir 10 tahun, kenapa saya tidak pernah lihat  syarikat ini di mana-mana iklan?

Sebenarnya, kami berpengalaman dalam bidang mail order selama hampir 10 tahun. Baru hampir 2 tahun ini kami mulakan bisnes mail order menggunakan nama syarikat.Sebelum ini kami mulakan iklan atas nama perseorangan.

Apakah benar bisnes ini mampu menjana pendapatan hebat?

Ya, memang benar. Tetapi anda haruslah konsisten dalam meletakkan iklan baru orang ramai percayakan bisnes yang anda jalankan.

Kenapa harga RM 69? Saya rasa ia mahal untuk sesetengah daripada kami.

Jika di nilaikan harga yang kami tawarkan adalah yang paling murah untuk 3 program sekaligus. Tetapi ia adalah terlalu kecil jika anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Lumayan bukan?

Ramai pihak yang kecewa untuk berjuang dalam bisnes seumpama ini, bagaimana kami perlu berasa yakin?

Sebenarnya bisnes ini sama jualah seperti bisnes lain. Jika mereka tidak tahan dengan persaingan dan mudah berputus asa mana nak dapat hasil yang sebenarnya. Anda perlu konsisten dan perlu berikan idea yang kreatif serta inovatif. Dalam buku yang kami sediakan terdapat rahsia bagaimana anda mampu mencapai impian anda menjadi kenyataan.

Saya sering berasa positif akan bisnes ini. Tetapi terjadi sebaliknya pula. Terdapat banyak bisnes seperti ini iaitu Mail Order yang tidak mendatangkan sebarang hasil dan  saya berasa tertipu. Bagaimana pula dengan program yang anda cipta ini?

Pihak kami juga menyedari akan hal ini. Dalam bisnes, walhal dalam kehidupan kita juga terdapat penipuan dan ada ramai juga yang mengambil kesempatan atas kita. Tetapi saya menegaskan di sini terdapat  juga bisnes seperti ini yang tulus walaupun adakalanya tidak berhasil menjanjikan seperti apa yang mereka janjikan. Semua itu adalah bergantung kepada diri anda sendiri yang menilainya dan behati-hati membuat pilihan anda kerana ada bisnes yang hanya manis di mulut sahaja. Tetapi apabila anda dapat program- program yang bagus itu, jangan berputus asa untuk mendapatkan pendapatan lumayan, kerana inilah yang dikatakan bisnes. Program yang kami buat ini adalah sememangnya benar dan menguntungkan anda. Jika anda berfikiran positif dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik, kami percaya anda juga mampu menghasilkan yang terbaik juga.

Adakah program anda terdapat tips-tip efektif untuk berjaya dalam bisnes? Dan benarkah anda juga ada menyediakannya?

Ya, benar. Kami ada memberikannya kepada pakej-pakej tertentu. Malah jika anda tidak dapat atau tidak berpuashati dan ingin membuat pertanyaan sekalipun, anda boleh menulisnya melalui e mel, InsyaAllah, kami sentiasa ingin memberikan kesempatan untuk menjawab e mel anda. Dengan e mel kos lebih murah berbanding berbual melalui telefon kerana dari pengalaman, ada yang ingin berbicara hal lain bukan bisnes apabila membuat panggilan telefon.

Saya melihat banyak janji-janji menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka sebulan, benarkah saya boleh dapat pendapatan seperti itu?

Seperti mana kami telah beritahu sebelum ini, segalanya mungkin, termasuk program kami sendiri. Program kami mampu membuatkan pendapatan anda seperti itu. Saya tidak dapat memberikan komen terlalu detail kerana ini adalah bisnes. Biasanya persoalan ini akan terjawab apabila diberikan penerangan dengan lebih detail selepas membeli produk kami. Apa yang saya dapat beritahu adalah terdapat 2 pihak yang mampu merialisasikan impian anda untuk mendapat pendapatan seperti itu. Yang pertama pihak yang menjual, apakah ia jujur atau ada niat tertentu dan yang kedua adalah datangnya dari diri anda sendiri untuk mengusahakannya sehingga berjaya memperolehi segalanya dan tidak mustahil kerana telah dilakukan ramai orang di dunia ini.

Saya mengikuti perkembangan laman web anda, kenapa terdapat beberapa perubahan? Pada mulanya saya lihat laman web ini menawarkan Rahsia Pendapatan 3 dalam 1, kemudian Rahsia DGE dan kini hanya Rahsia Idea Bisnes?

Saya/Kami sebelum ini membuat tawaran kepada sesiapa yang ingin memiliki pakej e-book kami. Nilai untuk tawaran-tawaran itu sangat tinggi tetapi terjual dengan harga yang amat murah dibandingkan dengan nilainya. walaupun harga bermula dari RM69 itu sudah di kira murah, tetapi menerusi pengamatan ia adalah besar untuk sesetengah orang. Jadi untuk kami menawarkan harga yang lebih murah, kami menjual bermula dengan harga serendah RM20 agar semua orang dapat memiliki pakej kami.

Sekiranya saya ingin memiliki pakej-pakej yang pihak Tuan berikan sebelum ini adakah Tuan ingin menimbangkannya semula?

Ya, boleh. Anda boleh hubungi kami menerusi talian syarikat iaitu di 019-7690809. Kami akan menimbangkannya semula.